Saya bangga menjadi warga politeknik! Itu lah kata-kata yang penuh dengan keikhlasan dan rasa bangga yang terpacul dimulut saya. Bak kata orang belum cuba belum tahu! Pada saya, kalau nak dibandingkan antara kesemua IPTA, semuanya sama. Sama hebat, sama tinggi sama rendah, punyai kualiti dan keistimewaan tersendiri. Nak kata universiti hebat, politeknik pun hebat juga. Berprestij lagi tuh ! haha.. tak lama lagi, politeknik akan dinaik taraf menjadi universiti, hanya menghitung waktu menunggu detik bersejarah itu saja, apatah lagi saya menuntut di salah sebuah politeknik yang terunggul di Malaysia. Yang paling tua dan senior, tak lain tak bukan mestilah POLITEKNIK UNGKU OMAR! Haha.. Bukan nak kata besar, tapi dah memang hebat keluarga politeknik di Malaysia, nak buat macam mana. Disini adalah satu cerita yang ingin dikongsikan, kiranya cerita ini semasa saya masih ‘Jahiliah’ lagi dalam mengenali IPTA yang hebat seperti politeknik. Haha.. teringat masa tu, tergelak seorang diri macam kerang busuk. Masakan tidak, benda yang pertama difikirkan, universiti jauh lebih baik dari politeknik. Bukan saja saya yang berfikiran begitu,ibu bapa saya dan sanak saudara juga turut serta. Haha.. ketawalah lagi.. Akhirnya rezeki saya dipoliteknik. Mungkin Allah nak tunjukkan jalan yang terbaik untuk saya menjadi orang yang berjaya dengan menganugerahkan saya jalan ke politeknik. Alhamdulillah, setelah masuk ke politeknik, saya dah buka mata ni seluas-luasnya,pemikiran pun lebih terbuka. Segala perspektif negatif telah saya tukarkan kepada positif. Pada saya,politeknik pun setanding atau lebih hebat jika dibandingkan dengan unversiti. Saya masih ingat lagi kata-kata salah seorang penceramah ketika saya menyertai program STYLE PRSP 2010. Namanya Ustaz Shamsul Bahrain, penceramah yang membentangkan tajuk berkaitan dengan pemikiran. Saya tertarik dengan kata-kata dia yang membuatkan saya masih teringatkan kata-kata inspirasi dia. “Jika kita mahu tahu apa yang ada tersirat didalam hati dan perilaku manusia, mahupun setiap sesuatu perkara, jadikan dirimu seorang musafir, dan musafirlah,selamilah dunianya dan ikutilah sejenak setiap perkara yang dia lakukan. Barulah kamu tahu baik buruknya setiap perkara.” Fuhh! Sangat dalam menusuk kalbu kata-katanya. Ada betulnya kata-kata ustaz Shamsul, untuk kita memahami sesuatu dan menilai baik buruknya bukannya mudah, kita perlu menyelami dunia dan juga corak hidupnya dan bukannya membuat andaian awalan dengan perspektif negatif. Perspektif negatif hanya akan menghancurkan segalanya. Saya berpendapat bahawa sama ada politeknik atau universiti mahupun IPTA-IPTA yang lain, semuanya sama. Cuma yang membawa kelainan itu datangnya dari diri sendiri. Bukan IPTA yang mencorakkan gaya pemikiran serta mentaliti tetapi pelajar-pelajar sendiri yang mencorakkan ia dengan cara tersendiri. Sama juga dalam memahami rakan-rakan sekuliah. Ada yang baik-baik saja, ada pula yang bermasalah. Ada yang perangainya boleh diterima, ada kalanya tidak. Jadi, untuk mengelakkan kita dari betanggapan negatif, apakata ikut cara ustaz Shamsul tadi, jadi musafir dan selamilah hati budinya. Baru lah kita tahu apa disebalik tabirnya dan secara tidak langsung kita boleh menerima dia. Lagipun dalam dunia ni, bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Ingat-ingat la sendiri. Ubah gaya pemikiran dan stail bekerja dalam apa jua perkara sekalipun, InsyaAllah, hidup pasti berjaya tanpa
kepura-puraan.
InsyaAllah..
Sekian terima kasih..
kepura-puraan.
InsyaAllah..
Sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment