Ini sesi lepas geram. Dan geram ini aku tujukan kepada si polan yang ber bin si polan yang munkin tak pernah perasan tentang kewujudan aku serta hasil-hasil tungkus lumus kerja aku terhadap organisasi dia. Dan aku lepaskan geram ini bukan untuk mengungkit-ungkit ataupun kerja dengan tak ikhlas,tetapi apa yang aku luahkan ini, untuk tatapan semua, rakan-rakan komrad, sedar akan masih wujudnya manusia yang tidak ada perasaan menghargai dan kalau tidak pun sebaris perkataan TERIMA KASIH untuk anak-anak buahnya yang setengah mati bekerja tanpa mengharapkan bayaran. Ingatlah wahai si polan, tanpa pekerja, ketua tak boleh jalan. Dan tanpa ketua, pekerja pun tak boleh jalan. Dua-dua saling memerlukan. Dan janganlah kedekut untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pekerja-pekerjamu. Bukan dikenakan bayaran jikalau kamu berbuat begitu. Anak-anak buahmu itu manusia, punya hati dan perasaan untuk dihargai dan diucapkan terima kasih. Walaupun kamu berkata begitu dan anak-anak buahmu mengangguk, tetapi jauh disudut hati anak-anak buahmu itu perlukan penghargaan terhadap apa yang mereka lakukan untuk organisasi kau.
Aku nekad. Aku membuat keputusan untuk keluar dari organisasi kau. Aku tahu kau tak kisah jika aku berbuat begitu kerana ego kau lebih tinggi dariku. Tetapi nanti jangan sakit hati kalau satu demi satu anak-anak buahmu keluar dari organisasi kau. Aku tulis ni bukan untuk menghina atau mengata. Tetapi untuk keadilan sebagai anak buahmu, satu ketika dahulu. Juga sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan untuk dihargai. Disini aku menulis, juga bukan untuk menilai tetapi sekadar menegur dan menasihati sahaja. Walaupun aku tidak berkaitan lagi dengan apa yang organisasi kau lakukan, dari sudut kecil hati ini masih lagi punya rasa hormat terhadap kau.
Sepanjang perjalanan bersama organisasi kau, kerja yang telah aku lakukan, ikhlas dan jujur. Namun,ego kau terlalu tinggi setinggi tembok besar China sehingga tidak nampak aku disebelah. Kerana ego kau, mulut itu bagai diisi dengan emas sehingga kan kata-kata terima kasih itu telah pupus dari kamus hidupmu. Kerana ego kau, sekecil-kecil kesalahan yang ku buat tidak langsung diberi peluang kedua kepadaku untuk memperbetulkan diri ini, sebaliknya menyisihkanku. Kerana ego kau, hatiku telah lama mati untuk terus bersama organisasi kau. Jelas sekali kerana egomu, telah membunuh perasaan menghargai dan kasih sayangmu terhadap anak-anak buahmu.
Maafkanku keatas segala kesalahan yang telah aku lakukan dalam apa jua bentuk sekalipun sehingga kau tidak dapat memaafkan diriku ini. Walaupun sehingga sekarang masih tidak lagi terucap perkataan terima kasih dan penghargaan kau kepada ku, namun aku redha, malah ingin sekali aku berterima kasih dan menghargai kau sebagai ketua kerana banyak memberiku tunjuk ajar dalam ilmu alam meskipun hati ini telah dikoyak rabak oleh pedang egomu. Halalkan makan minum ku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dan berubahlah, fikirkan dan buatlah anjakan paradigma, rendahkan egomu yang tinggi, yang sekian lama kau bina dari masa-masa terdahulu.
Prihatinlah terhadap anak-anak buah kau sebagaimana Nabi Muhamad S.A.W prihatin dan menjaga hati dan perasaan anak-anak buahnya. Sekurang-kurangnya, berterima kasihlah kepada mereka. Kepada rakan-rakan komradku yang lain, kita masih lagi rakan sejati walau tidak seperjuangan sekali. Selamat maju jaya! Jangan lupakan aku dalam meneruskan perjuanganmu itu!
Cukup sudah ceritaku dengan organisasi kau. Dan aku kini dengan organisasi yang lain, jauh lebih memahamiku, lebih menghargaiku. Punyai ketua dan juga rakan komrad yang hebat dan berbudi baik. Dan mereka ibarat seperti keluargaku sendiri sekarang. Mungkin rezekiku disini, ALLAH dah tetapkan dah. Banyak manfaat yang aku perolehi. Aku bersyukur kerana dapat menyertai organisasi yang baru ini. Terima kasih ya Allah!. Dan azamku, selepas tamat latihan industri, aku akan teruskan legasi organisasiku yang baru ini. Ke arah yang lebih maju terus ke hadapan. InsyaAllah ! AMINN ! !
Sekian terima kasih !

No comments:
Post a Comment